I stumbled upon a video today which brought tears to my eyes... I have to give credits to the guys who did it... The story was of an old man who went to the attic to look for something but found something else instead... The old photo albums and a diary of his son. What happens next? You can watch the video yourself, here...
To a Child LOVE is Spelled T-I-M-E - Video - Beliefnet.com
There's a quote that they put together with the vid. It says:
"To the world you may be just one person... But to the one person, you might just be the world..."
Kadang-kadang sebagai ibu bapa, kita teramat sibuk bekerja sampai ada masanya kita terlupa satu perkara yang amat penting dalam kehidupan sebagai sebuah keluarga, iaitu bersama anak-anak. Nak kata kita tak sayang, tidak sama sekali. Kita amat menyayangi mereka. Oleh kerana kita teramat menyayangi merekalah maka kita bekerja kuat. Kita bekerja kuat kerana kita ingin menyediakan yang terbaik untuk anak-anak kita. Tetapi dalam pada kita ingin menyediakan yang terbaik untuk anak-anak, kita terlepas pandang akan betapa pentingnya juga untuk kita sebagai ibu bapa untuk meluangkan masa bersama anak-anak kita. Saya pun begitu... Tidak saya nafikan ada kalanya saya merasa amat kesal kerana kurang meluangkan masa bersama anak-anak. Meluangkan masa ini bukannya hanya dengan berada di rumah setiap masa, tetapi lebih kepada masa berkualiti untuk berinteraksi bersama anak-anak, bermain bergurau bercerita bersama. Itu yang saya maksudkan.
Kekesalan saya selalunya timbul ketika bersolat. Ketika memanjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa atas segala kebahagiaan, keceriaan dan rezeki yang telah saya terima daripada-Nya. Ketika berdoa kepada-Nya, memohon kekuatan, semangat dan panduan dalam menjalani kehidupan sebagai ibu kepada 3 permata hati yang mana 2 daripada mereka adalah kanak-kanak autistik. Hati saya selalu tersentuh apabila mengenangkan betapa saya menyayangi mereka tetapi kadang-kadang 'terlupa' meluangkan masa bersama mereka. Hampir setiap masa, apabila berdoa bersendirian, air mata saya jatuh. Tidak tertanggung rasa beban hati ini. Teramat kesal kerana mereka dianugerahkan kepada saya dan suami oleh-Nya untuk dijaga dan disayangi, tetapi saya terkadang leka dalam memberikan mereka peluang dan masa untuk berkomunikasi dengan saya dan suami.
Asyraff dan Aimar adalah kanak-kanak amat penyayang. Begitu juga dengan Rose Aiesya. They're a bunch of happy children! :) Walaupun didiagnosis sebagai kanak-kanak autistik, Asyraff dan Aimar faham makna 'sayang', 'hug-hug', 'kiss-kiss'. Kadang kala mereka secara tiba-tiba tanpa diminta akan datang memeluk saya atau Papanya, dipeluk cium segala. Cuma saya terkadang perasan, saya membalas dengan hanya ala kadar kerana ingin mengejar masa. Masa untuk? Bekerja. Seperti yang saya katakan awal tadi, bukan bermakna saya tidak menyayangi mereka, tetapi fikiran saya berserabut dengan perkara-perkara lain menyebabkan saya jadi kurang prihatin dengan tindak balas spontan anak-anak. Malu saya apabila memikirkannya...
Untuk itu, sempena tahun baru ini (1433H dan 2012M), saya berazam untuk menjadi lebih attentive terhadap anak-anak... I want to be able to spend more time with my children even though I am a working mom. They said you can't have the best of two worlds. Well, true, but that doesn't mean we shouldn't try to make the best of both worlds, yes?
Let us look at the video again. Then look at our child/children. Look at them in the FACE. You'll see the purity in them. The honesty in them. The always-forever-love-you-mommy/daddy in them... And try to make up for the time we've lost along the way, before it is too late...
Remember, to a child, LOVE is spelled T-I-M-E...
Love to all...
(And to my babies - Ryan Asyraff, Ryan Aimar and Rose Aiesya, and not forgetting to hubby as well.. :) )